Sunday 19 June 2011

Semoga pengerusi surau cepat sembuh


Seluruh warga Surau Darul Atiq mendoakan semoga pengerusi Surau, Encik Osman@Ongkomog Abdullah sihat wal Afiat ...beliau sekarang sedang dirawat di Hospital Keningau akibat penyakit Jantung dan darah tinggi ...Semoga Cepat Sembuh

Tabung pembinaan Serambi Surau Darul Atiq Lanas

Tabung Untuk menyiapkan Serambi Surau Darul Atiq telah selamat di lancarkan...
kos yang di perlukan hanya RM 2500.00... kepada sahabat2 yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi saya....Insya Allah harapan kami semoga anjung ini siap sebelum Ramadhan...terima kasih
Tabung ini dilancarkan setelah beberapa kali tertangguh akibat kekangan kewangan


lihat disini : TABUNG PEMBINAAN SURAU DARUL ATIQ LANAS

Wednesday 5 January 2011

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE2


Persatuan Tabung Khairat kematian Surau Darul Atiq Lanas, menjemput dan mempersilakan semua ahli yang bernaung untuk menghadiri mesyuarat agung yang akan diadakan menurut butiran berikut :

Tempat : Surau Darul Atiq
Masa : 8.00 malam
Tarikh : 6 januari 2011
Agenda : 1-pemilihan AJK sesi 2011-2012
2-hal-hal berbangkit


semua ahli dijemput hadir

p/s: kepada ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan sila hubungi bendahari persatuan En Jupilin Koroh @ Mohd Hafiz Abdullah untuk menjelaskan yuran anda

sekian terima kasih

sila panjangkan maklumat ini untuk semua ahli bernaung terutama ahli dari Surau Mansiat, Surau Nandagan dan ahli-ahli yang bernaung di Bandar keningau

Saturday 7 August 2010

Warga Islam terbaru Lanas -Nur Aliya Misra











Alhamdulillah..

pada hari ini(7-08-2010) sekitar jam 3.00 petang telah diadakan satu majlis pengislaman Saudara baru iaitu Saudari Misra.. selamat di Islamkan dengan nama barunya yang di persetujui ialah Nor Alya Misra...semoga dengan penambahan ini akan mendatangkan berkat dan kegemilangan kepada cahaya Islam di lanas...InsyaAllah

mencari kayu di hutan untuk membuat penambahbaikan surau











Assalamualaikum..

Demi memenuhi aspirasi agama untuk melahirkan generasi bertaqwa...Pihak pengurusan Darul atiq sudah sebulat suara bersetuju untuk mewujudkan sebuah kelas agama merangkap serambi surau...kelas agama ini akan dibina seringkas mungkin..menggunakan kayu yang akan di cari di hutan berdekatan dan akan menggunakan lantai buluh...memandangkan pihak kami masih belum mempunyai sebarang dana untuk membangunkan kelas ini...mungkin ia akan tergendala, tetapi kami akan sedaya upaya untuk berusaha mendapatkan dana tersebut....

antara yang kami paling perlukan ialah paku dan zink sekitar 50 keping..

kepada yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz mohd isadli melalui emailnya : tulisbaca83@yahoo.com....